It's Me__

It's Me__

Friday, 23 November 2012

Siapa Lagi Bersih??

ada satu kisah, aku tak pasti (ingat) aku baca kat mana tapi yang sure aku ada baca kisah ni..

tersebutlah kisah satu hari seorang pemuda yang ingin menyambung pelajaranya ke luar negara. dengan berat hatinya beliau terpaksa meniggalkan ahli keluarganya yang tercinta di tanah malaysia ni. dan of course perjalanan dalam kapal terbang mengambill masa berjam-jam lamanya. kemudian setelah masuk waktu solat,  pemuda tersebut yang sentiasa memegang pesanan ibunya supaya sentiasa tidak meninggalkan solat pun banun dari tempat duduknya mengahala ke tandas untuk mengambil wuduk. maklumlah tandas dalam kapal terbang kecil dan sempit apatah lagi untuk kelas ekonomi sahaja. jadi pemuda tersebut pun tidak menutup pintu tandas dan semasa hendak membasuh kakinya, dia terpaksa mengangkat kakinya naik ke dalam sinki. kemudia lalu seorang pramugari yang melihatkan keadaan itu, pramugari tersebut menjadi marah. "Encik, sinki ini tempat membasuh muka, bukan tempat untuk basuh kaki. Kaki itu kotor. tidakkah encik terfikir yang perlakuan encik ini akan menyebabkan orang lain mendapat susah kerana sinki ini kotor?!" tegur pramugari itu dengan nada yang agak kasar. namun pemuda itu sedikit pun tidak tersinggung malah menjawab dengan tenangnya. "maaf cik, saya nak tanya. berapa kali cik basuh muka cik dalam satu hari?" hairan dengan pertanyaan tersebut, dengan sinisnya pramugari itu menjawab "Dua atau tiga kali sehari. mengapa?" pemuda itu lantas tersenyum seraya berkata "Saya basuh kaki saya wajib lima kali sehari. yang tidak wajib belum tentu. ini bermakna kaki saya lebih bersih dari muka awak." akibat malu dengan jawapan pemuda itu, pramugari tersebut terus berlalu meninggalkan pemuda tersebut.

sekarang mana lagi bersih; kaki pemuda tersebut atau muka pramugari tersebut?? ^^,

No comments:

Post a Comment