It's Me__

It's Me__

Friday, 23 November 2012

Petua Hilang Gastrik


Penyakit gastrik  ialah sakit di bahagian perut yang mengundang ketidakselesaan yang maksima. 

Bila perut anda 'jatuh hati' pada gastrik, anda akan rasa:
  1. Sakit perut
  2. Sakit ulu hati
  3. Sesak nafas
  4. Sakit kepala
  5. Cirit Birit
  6. Pening
  7. Migrain (kes teruk)

Punca gastrik datang kembali:

1. Lambat makan dan tak ikut jadual makan secara bagus.
2. Stress/ pressure
3. Makan tanpa pantang! Antara makanan yang tak boleh diambik jika anda rasa sakit gastrik ialah:
  • Susu pekat biasa, susu tepung takpe, insyaAllah(rujuk list susu dibawah)
  • Makanan berminyak, berempah, bersantan, bersoda
  • AAis berlebihan
  • Jeruk, masam2 manis
  • Air berkabont etc
  • Kopi / Nescafe / Teh / Roti /Makan masam / Makan pedas ,tak boleh dimakan .
Jadi, selain diri ni, orang lain yang mengidap gastrik tu, rasa nak hilang terus dari sakit ni, jagalah bende ni semua.

Petua untuk jaga perut lagi:
  • Minum susu tairu atau susu rasanya masam atau cari Yogult, Dutch Lady, Nespray ,Fern leaf. Bukan susu pekat manis.
  • Jikalau siapa yang jenis suka minum kopi,Minumlah kopi Radix ,memang untuk gastrik juga.
  • Untuk pengetahuan anda, Doktor beritahu sesiapa yang makan ubat dari klinic. Atau ubat gastrik, memang dia akan kena cirit -birit. Doktor cakap tak perlu risau.
  • Bagi yang teruk sangat kena makan yang berlembut seperti bubur. Sebab bila makan yang berkeras doktor beritahu asidnya semakin banyak. Makan tidak boleh banyak sangat tetapi kena berulang makan.
  • Makan ubat SEBELUM makan, bukan SELEPAS makan.
Ubat-ubatan:
  • elken- Lactose-s.
  • Ubat Vintac
  • Ubat gaviscon
  • MMT pil
  • Zantac(ranitadine)
  • Ubatan Cina- WEI TONG NING’
  • Gamatemas
  • Bioseed
  • Pati gamat
  • Spirulina
  • lanzoprazole(abbot)
  • Esomeprazole(nexium)
  • Magnisium
  • Malox Plus
  • Simcone
  • Suplemen surbex-zinc
  • Axcel
Petua Tradisional:
  • Ambil seheai pucuk betik yang tua, sedikit ibu kunyit da ibu garam sebesar jari kelengkeng. Tunbukkan ketiga-tiga bahan tadi sehingga lumat dan gaulkan dengan setengah cawan air. Tapis air tersebut dan minum. Amalkan seminggu sekali selama tiga minggu.
  • Makan daun Selasih.
  • Makan Madu dan Kurma setiap pagi setiap hari

^^,

Khas Untuk Peminat Fanatik Star Wars

agak pelik bagi seorang perempuan untuk minat Star Wars. siapa tak tahu Star Wars? siapa tak kenal Luke Skywalker, Master Yoda and yang paling popular Darth Vader! semua kerana Encik Farhan Fauzi la aku mula minat Star Wars ni. padahal dulu aku tak suka pun. by the way, minat dengan Star Wars? khas untuk korang;






tapi sayangnya, benda-benda semua ni fail. tak keluar pun kat pasaran :(

Gaya Cinta Tak Kena Tempat



seriously???? tak ade tempat lain ke korang nak bercium pun??? please lah!!! atas motor dan public. eeeewww... grosss!!!! i hate you mat rempit!

Siapa Lagi Bersih??

ada satu kisah, aku tak pasti (ingat) aku baca kat mana tapi yang sure aku ada baca kisah ni..

tersebutlah kisah satu hari seorang pemuda yang ingin menyambung pelajaranya ke luar negara. dengan berat hatinya beliau terpaksa meniggalkan ahli keluarganya yang tercinta di tanah malaysia ni. dan of course perjalanan dalam kapal terbang mengambill masa berjam-jam lamanya. kemudian setelah masuk waktu solat,  pemuda tersebut yang sentiasa memegang pesanan ibunya supaya sentiasa tidak meninggalkan solat pun banun dari tempat duduknya mengahala ke tandas untuk mengambil wuduk. maklumlah tandas dalam kapal terbang kecil dan sempit apatah lagi untuk kelas ekonomi sahaja. jadi pemuda tersebut pun tidak menutup pintu tandas dan semasa hendak membasuh kakinya, dia terpaksa mengangkat kakinya naik ke dalam sinki. kemudia lalu seorang pramugari yang melihatkan keadaan itu, pramugari tersebut menjadi marah. "Encik, sinki ini tempat membasuh muka, bukan tempat untuk basuh kaki. Kaki itu kotor. tidakkah encik terfikir yang perlakuan encik ini akan menyebabkan orang lain mendapat susah kerana sinki ini kotor?!" tegur pramugari itu dengan nada yang agak kasar. namun pemuda itu sedikit pun tidak tersinggung malah menjawab dengan tenangnya. "maaf cik, saya nak tanya. berapa kali cik basuh muka cik dalam satu hari?" hairan dengan pertanyaan tersebut, dengan sinisnya pramugari itu menjawab "Dua atau tiga kali sehari. mengapa?" pemuda itu lantas tersenyum seraya berkata "Saya basuh kaki saya wajib lima kali sehari. yang tidak wajib belum tentu. ini bermakna kaki saya lebih bersih dari muka awak." akibat malu dengan jawapan pemuda itu, pramugari tersebut terus berlalu meninggalkan pemuda tersebut.

sekarang mana lagi bersih; kaki pemuda tersebut atau muka pramugari tersebut?? ^^,

100 Hari

Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.
Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.




aku pun bukan la orang yang baik sangat untuk tulis bab2 ni but untuk peringatan buat diri sendiri dan semua..

Thursday, 22 November 2012

=='

lapar. tu je nak cakap

Curang, Apa Nak Buat??

"boyfriend aku curang lagi!!!! apa aku nak buat??!!!!"

cheating, dalam erti kata yang lain curang. perkara yang paling ditakuti bagi couple2 kat luar sana. tak kira la yang dah kahwin atau tak. apa nak buat kalau pasangan korang curang??? here are some suggestions ;


  1. PUTUS!!!

    certain orang memang tak boleh nak accept kalau pasangan dia curang (bukan certain aku rasa semua!). dan majoritinya tanpa berfikir panjang akan minta putus je. dalam fikiran, "Once a cheater, always a cheater!"
  2. STAY TAPI CURANG JUGA!!

    bunyi macam bodoh je kan? tapi kenapa aku masukkan dalam list jugak? sebab dengan cara ini, korang boleh biar pasangan korang rasa apa yang korang rasa bila dia curang dengan korang. tapi kalau aku, dah tentu ni bukan cara aku.
  3. FORGIVE 100%

    okay, yang ni aku tak rasa semua orang akan buat punya. and believe it or not, aku buat cara ni. tapi kalau pasangan korang tu masih sayangkan korang dan dia pun minta maaf la. buat dia berjanji yang dia takkan ulangi lagi benda yang sama. tapi jangan terus lupakan kejadian curang dia tu, sentiasa ingat dan jangan percayakan pasanga korang 100%. maafkan je 100%. tapi bagi korang yang pilih cara ni, satu je peringatan, kalau lah satu hari korang bergaduh sebab sesuatu perkara, jangan pernah ungkit fasal dia pernah curang dengan korang ke ape, sebab kalau korang nak berbaik tapi korang ungkit perkara tu, things will be worse. dan kalau pasangan korang ulangi jugak benda yang sama, just forget it. he/she don't deserve you, you deserve better.
  4. UNDECIDED!

banyak orang kalau jadi kejadian curang mencurangi ni, mesti gelabah, tak tahu nak buat apa, menangis dan serabut. okay, katakanlah kalau korang dah tak tahu sangat nak buat apa, nak putus sayang, nak maafkan pun serba tak kena dan pasangan korang pula masih dengan korang, first thing, tanya pasangan korang kenapa dia curang dengan korang. kalau jawapan dia memang jawapan yang bangal seperti; "i dah bosan dengan you", "sorry, i dah ter..... dengan dia", "dia lagi cantik dari you", "i tak tahu, i suka dia", "dia suka i, takkan i nak buat donow jer?" , lupakan putus aja. tapi kalau jawapan dia reasonable macam; "you kuat merajuk sampai i naik rimas", "you ada saja yang tak kena, apa i buat semua tak kena", "you suka layan lelaki lain", "you buat i macam pak turut", korang balik, berdiri depan cermin, tengok balik diri korang. kalau korang rasa korang yang salah, ubah apa yang patut. insyaAllah, semua akan okay.


aku cuma boleh bagi cadangan aja. apa korang nak buat, itu semua terpulang kat korang. dan bagi yang nak cuba-cuba curang tu, my advice is DON'T CHEAT. IF YOU'RE UNHAPPY, JUST LEAVE!